Tuesday, September 3, 2013

NASIHAT PERUBATAN DAN JENIS-JENISNYA



SUATU pagi minggu saya dan kawan sarapan di sebuah gerai berhampiran taman perumahan saya. Semasa minum itu kami bersembang-sembang tentang kesihatan, produk-produk, herba dan makanan tambahan untuk kesihatan sehingga mengerawang ke dunia ghaib dan kadang-kadang merentasi lautan dan benua untuk sampai keklimaks yang dibincangkan. Di samping itu perbincangan ini sebahagian besarnya dipetik daripada buku-buku tentang perubatan. Semoga Allah memanjangkan pahalanya kepada mereka yang menasihati perubatan itu kepada kita. amin.

Pertanyaan: Apakah tujuan perubatan?

Jawapan: Untuk menyembuhkan, mempercepatkan penyembuhan dan meminimumkan akibat penyakit.

Pertanyaan: Kemuskhilan saya lagi ialah apakah perbezaan antara orang sakit dan orang sihat. Yang dimaksud ialah orang sihat nampak ceria, cerdas dan tenang manakala orang yang sakit kelihatan tidak bermaya, keletihan dan gelisah?

Jawapan: sebenarnya sukar untuk menentukan antara seseorang sihat atau seseorang itu sakit. Kerana individu  yang sihat tidak seratus peratus sihat dan individu yang sakit tidak pula seratus peratus sakit. Thermometer kepada skima ini adalah individu yang kelihatan sihat mengadu sakit dan demikian juga individu yang kelihatan sakit parah  sekalipun  pada umumnya masih mengandungi sihat walaupun dalam nisbah yang kecil.

Sebagai contoh: Seseorang individu kelihatan sihat tetapi ia sendiri merasakan dirinya sakit.  Sebaliknya pula ada individu kelihatan sakit  tetapi ia sendiri mengakui dirinya sihat. Demikian juga jika individu mengakui dirinya sakit tetapi orang lain mengatakan bahawa ia kelihatan sihat. Bila diri individu merasa sihat dan orang lain mengatakan sihatt, maka tepatlah dia seorang yang sihat. Sebaliknya  jika individu sakit dan orang lain pula mengatakan dia sakit maka  sudah pastilah bahawa individu tersebut sakit. Kesimpulananya masalah kesihatan sama ada sihat atau sakit adalah berdasarkan kepada pengaduan dan pernyataan individu kepada pakar (doktor) yang bertindak mengesahkan keadaan individu tersebut setelah menjalani rawatan yang intensif.

Pertanyaan: Bagaimana pula tentang penyebab penyakit?

Jawapan: Bila penyebab penyakit masih aktif, mengganggu, menyerang dan
merosak maka tindakan segera dilakukan untuk menyingkirkannya. Kadang-kadang ada penyakit tertentu di mana penyakit berlabuh sementara sahaja dengan meninggalkan kesan parah kepada pesakit. Oleh itu pengubatan kepada penyebab penyakit itu tidak diperlukan lagi sebaliknya kepada penyakit yang baru dihasilkan. Sebagai contoh seseorang terkena paku; pakunya telah dikeluarkan dan yang diperlukan diubati ialah lukanya dan kesan karat paku pada luka tersebut bukan lagi paku yang menyebabkan penyebab penyakit itu.

Pertanyaan: Bagaimana kita menentukan penyebab penyakit?

Jawapan: Dari segi perubatan:
1. Ada sejumlah penyakit secara relatif mudah ditentukan penyebab penyakit seperti: malaria, luka,  selsema dan kurap.
2. Ada pula sejumlah penyakit yang sulit ditentukan penyebabnya seperti: jantung, darah tinggi, darah rendah dan diabetes.
3. Ada pula penyakit diketahui penyebabnya dan diberi nama sesuai dengan penyebab penyakit itu seperti malaria, Tibi, luka dan kurap.
4. Ada sejumlahpenyakit diberi nama sesuai dengan keadaan badan yang sakit seperti: sakit kepala, sakit perut, appendixs dan sakit zakar.
5. Ada sejumlah penyakit diberi nama sesuai dengan gejala yang menonjol seperti darah tinggi, darah rendah, bisul dan sakit sendi.

Pertanyaan: Bagaimana kita mengenali gejala-gejala penyakit?

Jawapan: kita boleh mengenali penyakit sama ada gejala bersifat umum atau gejala bersifat khusus dan gejala bersifat utama dan tambahan.
1. Penyakit yang gejalanya bersifat umum seperti lesu, pucat, letih dan luka.
2. Penyakit yang gejalanya bersifat khusus seperti menggigil, demam, batuk-batuk dan lumpuh.
3. Penyakit yang gejalanya bersifat utama dan tambahan seperti:
   i. Penyakit usus; gejala utamanya sakit kiri berbelit manakala gejala tambahannya berasa mual atau muntah.
   ii. Penyakit malaria; gejala utamanya panas didahului dengan menggigil kesejukan berulangkali dan gejala tambahanya muka pucat, letih dan tidak bertenaga.

Pertanyaan: Bagaimana penyakit berlaku?
                                                                                      
Jawapan: Semua penyakit berlaku dengan pelbagai cara menurut  kejadian-kejadian seperti berikut:
1. Penyakit boleh berlaku secara mendadak seperti terjatuh, terluka, minum racun dan disihir.
2. Ada penyakit boleh berlaku secara beransur-ansur seperti tibi, kurang gizi, jantung dan diabetes.
3. Ada penyakit masuk dahulu, lalu memperkuat diri, sesudah kuat baru melakukan serangan. Tempoh  masa antara masuk dan munculnya penyakit itu dikenali sebagai inkubasi seperti malaria, infeksi kuman, keracunan (racun) dan malaria.
4. Ada penyakit masuk secara halus, bila dipantau dan diawasi secara positif ia akan hilang begitu sahaja, kesan awasan dan dampingan ia memulihkan tetapi bila ia dipantau secara negative ia berubah drastic seperti stress, tertekan perasaan, was-was atau barangkali perasaan kesal yang masuk dan bersarang di dalam hati.

Pertanyaan: Bila masa datang dan perginya penyakit?

Jawapan: penyakit  ada masa datangnya dan  sudah tentu ada masa perginya. Istilah yang tepat ialah penyakit itu telah sembuh. Ada beberapa keadaan iaitu:

1. Ada penyakit yang pergi tanpa meninggalkan kesan.  Sembuh hampir seratus peratus atau sembuh seratus peratus seperti demam, batuk atau cirit-birit.
2. Ada penyakit yang pergi dengan meninggalkan kesan sementara seperti luka yang meninggalkan kesan lukanya kecil dan berbekas, penonjolan dibahagian badan, rabun ataun herut.
3. Ada penyakit yang pergi dengan meninggalkan kesan kekal seperti kesan penyakit cacar yang berparut,   kesan pembedahan atau melecur.
4. Ada penyakit yang pergi dengan meninggalkan kesan sampingan sahaja  seperti sengatan lebah, selepas penyembuhan berat badan menurun atau meningkat.
5. Ada penyakit yang pergi dengan meninggalkan kesan kecacatan dengan segala kekurangan dan akibatnya pula seperti patah, rabun, kudung atau lumpuh.
6.Ada penyakit yang pergi dengan meninggalkan kesan kekal utama seperti putus anggota badan, kaku yang tidak dapat dibetulkan lagi , putus zakar langsung tidak berfungsi lagi, mata rosak yang menyebabkan buta atau gegendang telinga pecah menyebabkan pekak.

Pertanyaan: Jika kita menjalani perubatan tetapi kurang berkesan adakah alternatif lain yang boleh kita ikhtiarkan?

Jawapan: Pada ketika ini ada berapa jenis keadah-keadah perubatan. Mungkin perubatan pertama tidak berkesan dan kita hendak mencuba alternatif lain. Ada tujuh (7) cara perubatan yang dikenali dan digunapakai oleh masyarakat dunia ketika ini:

1. Cara Rawatan. Perubatan yang diamalkan di hospital-hospital dan klinik-klinik yang terkini. Perkembangan sentiasa berlaku menurut sains dan teknologi.
2. Cara Singsing. Perubatan yang diamalkan turun-temurun  mengunakan herba-herba yang sedia ada atau yang dibangunkan. Ia memiliki keunggulan tersendiri. Berasal dari China.
3.Cara Tabib. Mengembangkan teknik perubatannya  menurut perkembangan semasa. Berasal dari India.
4.Cara Dukun.  Berkontradik dengan perubatan amalan kedoktoran kerana ia lebih kepada penipuan, tipu helah dan ketertibannya dipertikai. Berasal dari seluruh pelusuk tempat.
5. Cara Psikologi. Ia meliputi psikoterapi, motivasi, psikodma dan banyak variasinya. Ia lebih kepada menggunakan pengertian dan latihan. Berasal dari pengalaman dan seluruh pelusuk tempat.
6. Cara Spiritual. Memantapkan hati dengan menggunakan keadah tertentu seperti zikir, menyiksa diri, lagu mendayu-dayu, yoga, meditasi, subud yang berorganisisi dan latihan tersendiri.
7. Cara Rohani. Ia adalah cara rawatan Islam. Tetapi kurang diamalkan oleh ulama dan tidak difahami oleh perubatan doctor beragama Islam.

Kobinasi daripada perubatan yang disedia menghasilkan pengubatan yang sepadu dan lebih efektif. Sebagai misalan cara perubatan akibat gangguan syaitan.

1. Vitaman dimakan untuk memperkukuhkan ketahanan tubuh.
2. Ubat penenang untuk meletihkan pesakit.
3. Ubat kejutan elektrik mempercepatkan pemulihan menyedarkan diri.
4. Hembusan dan nasihat untuk membisik kepada pesakit tentang kebesaran Allah.
5. Keyakinan akan melembutkan pesakit dan menghindai dari gangguan jahat.
6. Nasihat yang baik melahirkan manusia yang baik.
  
Moga-moga kita senentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

LAA ILAAHAH ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH