Berikut adalah nama bulan
Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi).
Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar
berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh
kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap
tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama
sesetengahnya kini.
Muharam al-Haram (dipendekkan
kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan
"Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi
Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam,
Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam
Islam.
Safar (صفر)
Perkataan in bermaksud tiupan
angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu
adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi)
meninggalkan rumah mereka.
Rabiulawal (ربيع الأول)
Bulan pertama musim bunga
iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
Rabiulakhir (ربيع الآخر/ ربيع
الثاني)
Bulan kedua musim bunga.
Jamadilawal (جمادي الأول)
Bulan pertama musim panas.
"Jumada" bermaksud kering.
Jamadilakhir (جمادي الآخر / جمادي
الثاني)
Bulan kedua musim panas.
Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga
menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
Rejab (رجب)
Satu lagi bulan suci yang
mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia
juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga
bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di
tengah-tengah.
Syaaban (شعبان)
Bulan ini terbit dari
perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab
dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
Ramadan (رمضان)
Diambil daripada perkataan
"ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama
tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
Syawal (شوال)
Diambil daripada perkataan
yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini
diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
Zulkaedah (ذو القعدة)
Diambil daripada perkataan
"qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang
mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan
aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
Zulhijah (ذو الحجة)
Ini adalah bulan suci terakhir
dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan
ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan
"haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.
.jpg)
No comments:
Post a Comment