Tuesday, July 9, 2013

KHUTBAH MEDIUM DAKWAH


Khutbah adalah suatu bidang penyampaian maklumat khususnya kepada jamaah yang hadir untuk memaklumkan sesuatu isu yang berbangkit terkini. Khutbah bukan suatu instrument yang lapuk yang hanya digunakan untuk mencukupkan syarat sesuatu sembahyang seperti salat Jumaat dan hari raya. Kemahiran menyampaikan sesuatu khutbah adalah kelebihan kepada seseorang individu untuk menarik pendengar mengikuti perkembangan semasa yang akan diutarakan oleh khatib sama ada semasa berkhutbah, muzakarah atau menasihat orang ramai.

Disiplin seorang pengkhutbah adalah cerminan yang akan diluahkan melalui mulut dan tindakannya. Ia bukan hanya berkisar sekitar ucapan sahaja tetapi ia dijelmakan melalui perlakuan.

Keberkesanan khutbah akan membangkitkan keyakinan melangit, perjuanagan kejayaan, semangat membara dan keupayaan yang tiada tolak banding. Ia buka direkacita. Terjadi dengan sendirinya. Allah membantu golongan ikhlas dalam menyampaikan dakwah.




Khutbah meliputi:

1. Memuji Allah Taala
2. Berselawat atas nabi s.a.w.
3. Wasiat takwa kepada Allah
4. Membaca ayat Al-Quran.
5. Memdoakan kaum muslimin.

Khutbah yang baik meliputi:

1.          Bahasa mudah difahami.
2.          Isi menarik menurut konteks semasa.
3.          Kandungan berkait dakwah gemilang.
4.          Suara tegas dengan intonasi yang tepat.
5.          Gerak-geri berisyarat.

6.          Penampilan bersahaja.


Rukun salat 13 perkara:

1. Berdiri
2. Niat
3. Takbiratul ihram
4. Membaca surat Al Fatihah pada tiap rakaat
5. Ruku’ dengan tuma’ninah
6. I’tidal dengan tuma’ninah
7. Sujud dua kali dengan tuma’ninah
8. Duduk antara dua sujud dengan tuma’ninah
9. Duduk dengan tuma’ninah serta membaca tasyahud akhir dan
10. sholawat kepada nabi
11. berlindung kepada Allah dari siksa jahannam dan kubur serta fitnah hidup dan mati dan kekejian fitnah dajjal
12. Membaca salam yang pertama
13. Tertib (melakukan rukun secara berurutan)



No comments:

Post a Comment

LAA ILAAHAH ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH