Thursday, December 12, 2013

TIADA IMAN BAGI YANG TIDAK AMANAH



Dari Anas bin Malik r.a. berkata:


“Sangat jarang Rasulullah sa.w. berkhutbah di hadapan kami kecuali beliau bersabda di dalamnya:

“Tidak ada iman orang yang tidak mempunyai amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janjinya.” ( H.R. Imam Ahmad )

 “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” ( Q.S. Al-Ahzaab: 72-73 )


Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata:


“Ketika Nabi sa.w. berada dalam sebuah majlis dan berbicara kepada sekelompok orang, ada seorang Arab Badui yang datang lalu bertanya:
“Bila hari kiamat?”

Tapi Rasulullah sa.w. terus saja berbicara. Setelah beliau selesai berbicara, beliau bertanya:

“Dimanakah orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?”
Dia menjawab:
“Saya di sini wahai Rasulullah.”
Baginda s.a.w. bersabda:
“Jika amanah telah ditelantarkan maka tunggulah hari kiamat.”
Dia kembali bertanya:
“Bagaimana amanah ditelantarkan?”
Baginda s.a.w. menjawab:

“Jika urusan sudah diserahkan kepada selain ahlinya maka tunggulah hari kiamat.” ( H.R. Imam Al-Bukhari )

No comments:

Post a Comment

LAA ILAAHAH ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH