Friday, December 13, 2013

MENUJU KEJAYAAN



Negara atau Gerakan Islam atau Persatuan mesti menyusun strategi bagi menghadapi kebarangkalian anasir-anasir  jahat merancang, merencana, mensabotaj, melakukan provokasi, menceroboh atau bertindak liar kepada manusia sejagat. Melalui negara atau gerakan Islam atau persatuan tersebut dapat digemblengkan pemikir-pemikir berwibawa,  tenaga-tenaga muda dan serikandi yang perihati kepada kehendak massa.

Berdasarkan kepada pendekatan bersiapsiaga maka beberapa perkara wajar diambil perhatian:

Penyatuaan adalah hidayah al-Quran:

i.    Penyatuaan asasnya petunjuk Nabi.
ii.   Penyatuan asasnya tindakan Rasul.
iii.  Penyatuan menjadi tonggak berjayanya kerja-kerja Islam.
iv.   Merungkaikan permasalah dan cabaran terhadap Islam.
v.    Gerakan yang tersusun mendapat hidayah  Allah.


Menjadi asas konsep Islam: Melalui penyatuan masyarakat dan pimpinan umat akan memudahkan perundangan Islam dipraktiskan untuk kebajikan masyarakat. Masyarakat yang inginkan kedamaian akan mendokong prinsip keadilan dan menolak kepalsuan.

Menyusun barisan mempertahan syariat: Semboyan Islam mestilah berpaksikan al-Quran dan Sunnah tanpa kompromi. Tunas-tunas Islam mesti dididik dan dipahatkan ke dalam urat nadi mereka bahawa  Islam itu penyelamat ummah.

Memudahkan perancangan kolektif dan mengelak bertindak bersendirian: Penyusunan dan pengarahan yang sifatnya kontemporari supaya musuh-musuh yang mencari ruang, peluang menunggu dengan lahap dan menyergap akan berfikir banyak kali sebelum membuat sesuatu yang membunuh mereka.

Membina kekuatan menghadapi gerombolan pengganas: Penyatuan kekuatan pelbagai ragam menjadikan ia suatu yang manis dan boleh dikerahkan apabila suasana memerlukan untuk bertindak pantas.

Menyatukan perbezaan pandangan dan kepelbagai kecerdikan: Kepelbagai wilayah, kaum dan logat menjadi padu dan bersekutu dalam satu wadah yang asasnya jelas dan matlamatnya tepat.

Mengemblengkan kekuatan untuk memadukan tenaga: Sektor-sektor yang kuat akan berpadu dengan bahagian yang lemah dan menjadikan ikatan-ikatan longgar dipadatkan untuk membentuk simpulan yang ketat dan sukar dileraikan sama ada oleh orang dalam atau oleh pihak luar.

Menumpukan perancangan dan peraturan untuk kebaikan ummah: Keyakinan, ketegasan dan mengharapkan keredhaan Allah menjadikan Allah s.w.t. meredhai pimpinan dan umat setempat dan sebaliknya persekongkolan munafik dengan kaum atheis menjadikan kesukaran dalam pemerintahan dalam tempoh-tempoh tertentu.

No comments:

Post a Comment

LAA ILAAHAH ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH