Maal Hijrah merupakan suatu peristiwa
penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi
Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa itu
berlaku pada tarikh 1 muharram sempena tarikh hijrah Rasulullah SAW dari Mekah
ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah atau
dikenali sebagai Takwim Hijrah.
Muharram (محرّم) adalah bulan pertama
dalam sistem Takwim Hijrah. Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan'
atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau
pertumpahan darah tetapi larangan tersebut dibatalkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat
Islam boleh melaksanakan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan
berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah
(shahrullahi).
Daripada Al-Hassan Al-Basri
rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di
dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Bulan mulia dalam takwim Islam di
sisi Allah s.w.t selepas bulan Ramadhan iaitu bulan Muharram. Ia dinamakan
bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Peristiwa- Peristiwa Penting Dalam Bulan Muharram
1 Muharram
Khalifah Umar Al-Khattab
menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharram
Dinamakan juga Hari Asyura.
Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan
bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Hari pertama Allah menciptakan
alam.
Hari Pertama Allah menurunkan
rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan
hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat
Jibril.
Nabi Adam bertaubat kepada
Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah
ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah
keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan
Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat
kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari
penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang
kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah
dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari
perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk
menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni
Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan
Allah kerajaan yang besar.
Nabi Isa diangkat ke langit
No comments:
Post a Comment