KEMAHIRAN
dalam merangka, merancang dan melaksanakan sesuatu misi adalah yang amat
diperlukan dalam suatu organisasi terutamanya yang melibatkan kepentingan umat.
Tanpa melalui perancangan biasanya misi yang hendak dicapai akan terbantut dan
terabai atau mati di perjalanan. Tidak mungkin sesuatu visi yang besar dapat
dicapai melalui perlakuan secara spontan. Suatu yang mustahil. Golongan yang
berjaya dalam bidang masing-masing adalah mereka yang melalui pelbagai
tribulasi kehidupan.
Bermacam-macam
cara dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat. Dalam ajaran Islam pun
kita tidak diajar mengharapkan sesuatu datang secara bergolek, dihantar melalui
utusan kerana suatu jasa yang telah dilakukan, terjumpa suatu yang bernilai
harganya dan/atau seperti kisah penebang pokok dengan jin yang memberi wang selepas bangun dari tidur. Tidak. Tidak.
Tidak.
Zaman
ini adalah untuk mereka yang hidup di zamannya. Peristiwa yang lepas adalah guru
yang terbaik untuk dijadikan contoh teladan kepada kita. Ilmu yang bermanfaat.
Tips-tips yang kita lupakan akan merugikan kita jika sahabat-sahabat yang ramai
tidak mengingatkan umat ini.
Tahun
1434H/2013M wajar dimanfaatkan, dari
segi menentukan masa, membahagikan waktu, menggunakannya secara
selesa, menghabiskan setiap detik
dikorbankan untuk kepentingan Islam dan bukan
berlalu dengan sia-sia,
kerana musuh-musuh Islam tidak pernah luput walau sejenak pun dalam mengadakan persiapan dan pembinaan
kuasa untuk mencari peluang dan ruang
menyerang Islam dan pengganutnya.
Kita
tidak mungkin mencapai
sasaran/target sebagaimana yang
diharapkan selagi ia
tidak difokuskan kepada bidang-bidang
yang dikendalikan seperti
penumpuan dalam bidang pendidikan, bidang
angkasa lepas, bidang
sains teknologi, bidang politik,
bidang jihad, bidang sosial, bidang
kebajikan dan pelbagai
bidang lagi. Itupun
jika didikan
dipertingkatkan kepada mentaliti
ahli-ahli pertubuhan/organisasi/persatuan yang mampu untuk meletakkan semua
urusan menurut tempatnya.
Pemeliharaan semua itu
bergantung kepada golongan Islam
yang mengharapkan Allah dan
manakala golongan kafir mengharapkan duit.
Sempena Maulidur
Rasul tahun ini diungkapkan semula
secara ringkas tetapi jelas
tentang sirah perjalanan Rasulullah s.a.w. ke arah menubuhkan sebuah
pemerintahan. Kita yang diberi akal
fikiran sewajarnya melihat ada tanda-tanda
dan unsur-unsur pengaturan rapi, sistematik, terancang dan
dirancang oleh Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar As-Siddiq r.a., peristiwa hijrah mereka
daripada Mekah ke Madinah di mana terlihat di sana beberapa langkah-langkah
penyusunan kerja yang
kemas yang patut
dicontohi, dikaji, diambil
perhatian, ditekankan kepada ahli
dan ditatang dengan kukuh.
Berikut adalah beberapa unsur-unsur yang
wajar diperhatikan:-
Ali mengalih perhatian dan melengah-lengahkan:
Rasulullah s.a.w. meminta
kepada Ali bin
Abu Talib r.a. supaya mengambil kedudukan di tempat Rasul s.a.w.
agar golongan musyrikin
menjadi serba salah memikirkan
tentangnya, kekeliruan yang nyata sedang pada waktu tersebut Rasulullah s.a.w
telah meninggalkan Mekah dan telah sampai di Gua Thaur.
Menentukan Strategi: Baginda Rasulullah
s.a.w. memilih Gua Thaur yang terletak bertentangan arah ke Madinah (bergerak
ke arah selatan). Golongan Musyrikin akan bertambah serba salah memikirkannya
kerana mereka mengetahui bahawa tentunya Rasulullah s.a.w sudah berpindah ke
Madinah.
Abdullah penghubung hal ehwal semasa: Dalam
tempoh yang sama Baginda s.a.w. telah menugaskan Abdullah bin Abu Bakar r.a.
supaya membawa perkhabaran tentang perkembangan yang sedang berlaku di Mekah.
Asma menyediakan keperluan logistik: Asma
binti Abu Bakar r.a. diamanahkan menyediakan dan menghantar makanan.
Amir merintis dan menghilangkan jejak
pergerakan: Amir bin Fuhairah r.a. ditugaskan mengembala kambing-kambing
sekitar Gua Thaur di siang hari dan bermalam di sekitarnya agar Baginda s.a.w.
dan Abu Bakar As-Siddiq r.a. dapat meminum susu dan kesan tapak kaki mereka
dihapuskan oleh kambing-kambing yang bergerak.
Abdullah penunjuk jalan: Abdullah bin
Uriqat seorang musyrikin diupah menjadi penunjuk jalan menuju Madinah.
Sahabat-sahabat siapsiaga: Sahabat-sahabat
senentiasa mengikuti perkembangan hijrah Rasulullah s.a.w. dari semasa ke
semasa.
Sahabat-sahabat
di Madinah senentiasa menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w.
Sahabat-sahabat
di seluruh jazirah Arab senentiasa bersiapsiaga setiapa masa.
Sokongan dan doa masyarakat: Umat Islam
senentiasa berdoa untuk kejayaan umat Islam dan keamanan sejagat.
.jpg)
No comments:
Post a Comment